بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. Heee aku suka betol bab kecemerlangan sekolah ni. Walaupun bukan aku yang cemerlang tu errr... k mungkin ramai tak tahu. Ye memang ramai sebab ada reason yang tak logik. *i hate the reason* ........................
Hargai 'Nota" Bergerak
Alor Setar: “Saya begitu menghargai bantuan dua sahabat baik yang selama ini diibarat sebagai ‘nota bergerak’ untuk memudahkan saya mengulangkaji pelajaran sehingga memperoleh keputusan cemerlang ini,” kata Fudzla Suraiyya Abdul Raup,19.
Fudzla antara tiga pelajar Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS), di sini, yang berjaya memperoleh keputusan 10 Mumtaz sekali gus mendapat pangkat Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012, yang diumumkan serentak di seluruh negara, semalam.
Dua lagi rakannya yang berkongsi kejayaan itu ialah Nurussyifaa Aula Mohamad Zukkri, 19 dan Wanmuhammad Hajeewaeharong, 20.
Mereka mencatatkan gred Mumtaz dalam semua 10 subjek diambil iaitu Nahu dan Sarf; Insya dan Mutalaah; Adab dan Nusus; Arudh dan Qafiah; Balaghah; Fiqh dan Faraid; Tafsir dan Ulumuhu; Hadis dan Mustalah; Hifz al-Quran dan Tajwid serta Tauhid dan Mantiq.
Fudzla Suraiyya dari Jitra berkata, sikap saling membantu dan kesediaan dua sahabat karibnya iaitu Musyawwiroh Abdul Aziz dan Saidatul Afza Mohamed Amin, yang sering berkongsi ilmu selama ini menjadi antara faktor utama buat dirinya memperoleh keputusan cemerlang itu.
Katanya, walaupun kecewa kerana dua sahabatnya gagal memperoleh pangkat Mumtaz Sofi, dia amat berterima kasih dan menghargai bantuan mereka dengan berkongsi ilmu dan maklumat sepanjang proses mengulangkaji pelajaran.
“Saya tidak menyangka mampu memperoleh keputusan cemerlang kerana pada peperiksaan percubaan pada Ogos tahun lalu, saya hanya mendapat lapan Mumtaz, manakala dua subjek lagi masing-masing Jayyid Jiddan dalam Nahu dan Sarf serta Jayyid bagi Adab dan Nusus.
“Malah, usaha guru yang tidak berputus asa memberi kami latihan dengan menyediakan koleksi soalan STAM dari 2004 hingga 2011 memang membantu kami menjawab soalan peperiksaan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di MMAS, di sini, semalam.
Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah berhasrat melanjutkan pengajian dalam Bahasa Arab sama ada di Universiti Malaya atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas ini.
Kata anak kedua daripada empat beradik itu, dia juga menjadikan kejayaan abangnya, Ilham Hussainy, 20 yang kini berada di tahun kedua di Universiti Yarmourk, Jordan sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.
“Saya mahu berjaya seperti abang dan menjadi kebanggaan keluarga, namun hanya memilih universiti tempatan untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi selepas ini,” katanya.
Nurussyifaa Aula pula berkata, dia juga tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang kerana ketika peperiksaan percubaan sebelum ini hanya memperoleh lapan Mumtaz, manakala dua lagi subjek, Fiqh serta Adab dan Nusus hanya mendapat Jayyid Jiddan.
Kata anak sulung empat beradik itu, dia mahu kejayaannya menjadi contoh terbaik kepada tiga adiknya.
“Sejak kecil saya bercita-cita mahu menjadi pendidik dan berhasrat melanjutkan pengajian Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir,” katanya.
Untuk pengetahuan korang jugak, Mumtaz tu dalam peringkat yang paling tinggi kayyy...
Minimum => Jayyid
Medium => Jayyid Jiddan
Maksimummmmmm => MUMTAZ
and akak tu pulak dapat MUMTAZ keyh ! Aku tak tahu aku boleh dapat macam tu ke tak. 10 pelajaran ermmm... ermmmmmmmmmmm. *harus yakin nieee*
Oke sekian...Assalamualaikum / Bye =D