Assalamualaikum .
Lama tak aku tak menaip ? Kesian dah tengok diri sendiri ni . Tak habes habes takde idea nak buat entri pasal ape . Last-last kosoooongg je blog aku ni . Huaaaa sadis k sadis . Tragis k tragis . Dahsyat k dahsyat . Ok ayat aku memang mintak kaki dah ni .
Ok okkk ... Aku tengah cakap pasal ape ni ? Ouhh pasal pandai edit blog (sendiri yang post , sendiri tak tau) . Ok sambung balik . Korang pernah tak terjumpa mana-mana makhluk Allah yang pandai dan gile gile mahir pasal edit blog dan bab coding ni ? Mesti la ade kan ? Ramai pulak tu . Ade yang jadikan anugerah kepandaian diorang tu sebagai sumber rezeki betol tak ?
Tapiii ade beberapa makhluk Allah yang gile pandai bab bab ni , mula sombong dengan kepandaian yang diberikan . Kalau ade blogger baru yang tanya , mintak pendapat , mintak tolong atau sebagainya , bukan main lagi jawapan . Macam diri sendiri terlebih dan terlampau hebat dalam dunia ni .
Aku dulu pernah jugak jadi newbie . Anda pun pernah kan ? Pernah satu ketika anda (apesal tibe-tibe jadi anda ni ??) . Ok sambung . Pernah satu ketika korang pernah jadi tak tentu hala bab coding ni kan ? Pening lalat , nyamuk , dan macam-macam lagi serangga yang aku geli . Korang tengok tutorial sana-sini , berusaha sehabis mungkin , kadang-kadang sedih sebab follower ciput , tak ramai macam blogger yang lain .
Tapi bila dah lama ber-blogging , kenapa mula timbul rasa riak , sombong , belagak tu semua ? Kenapa bila dah pandai bab blogging ni mula benci kat orang yang baru dalam dunia blog ? Kenapa sampai pandang rendah kat diorang ? Ape yang kita dapat kalau buat macam tu ? Tanya diri sendiri .
Hakikatnya , kita pon pernah bodoh , kita pon pernah tergapai-gapai mintak tolong orang sana sini . Cuba bayangkan kalau orang perlakukan kita macam kita lakukan kat orang lain ? Baik yang kita buat , baik la yang kita terima . Buruk yang kita buat , buruk la yang kita terima . Kalau manusia tak boleh balas perbuatan sombong kita , Allah sendiri boleh tunjukkan dear :')
Jadi kesimpulannya , janganlah berpijak di bumi Allah ni dengan rasa sombong dan bongkak .
Kita manusia biasa . Apalah sangat setakat ilmu yang seumpama setitik air laut ? Ilmu Allah lagi luas sayang :') (tetibe cakap sayang)"Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong, sesungguhnya engkau sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung".
Surah al-Isra' (17) ayat 37.
p/s : Aku rase setiap ayat dalam kurungan tu memang spoil mood nak baca . Muehehe :D
p/s 2 : Entri ni peringatan untuk sang penaip ni jugak . Tak berniat nak perli sesiapa :)