Monday 16 September 2013

Kem Mukhayyam 'Arobi Maktab Mahmud Alor Setar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum !

Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia . Semoga akan jadi lebihhhhhhh aman daripada biasa :D :D :D

Ok-ok. Hari ni aku nak cerita pasal Kem Mukhayyam 'Arobi yang berlangsung selama 2 hari KHAS untuk pelajar tingkatan satu sahaja . Akak-akak Mursyidah dan abang-abang Mursyid datang daripada UIA (Universiti Islam Antarabangsa) . Pstt.. Ade akak sorang tu pakai niqob tau. Suara dia comel je... (ehh dah kelaut dah :p)

Aku tak boleh ambik gambar sebab tak bawa camera/phone. Sebenarnye boleh bawa kut. Tapi takut phone kena rendam dalam air, lebih baik aku tak bawak :3 :3 TAPI ! aku ade jumpe satu gambar ni kat facebook. Tengah scroll scroll tetibe terjumpa.


Di dewan Maktab Mahmud yang serba indah...Aku duduk kat barisan ke-empat. Tapi tak nampak. Heheh...


Dewan Sultan Badlishah-Maktab Mahmud Alor Setar .

Hari pertama, ade amazing race uols ! Penat kaki aku lari sana sini nak sampai cepat kat checkpoint. Dah la aku ni tak selalu exercise. Sekali kena lari, habis urat aku kejang. Btw, waktu lari tu angin saaaaangat best . Kuat je angin. Time lari lari tu, aku feeling macam dalam drama pulak. Mana tak, tudung labuh terbanggggg ditiup angin pastu kaki melangkah ke hadapan seperti mengejar bayangan cinta . 

Woih woihhh kau mimpi ape ni Irdina !!!!! Maaf semua, perkataan "cinta" dalam ayat tu hanya rekaan semata-mata :p

Banyak benda aku belajar kat sini. Dan ofkos objektif utama program ni adalah untuk memperkasakan bahasa 'Arab.. Bahasa Al-Quran, Bahasa ahli Syurga, Bahasa Malaikat dan bahasa pertama yang wujud di bumi ni daripada syurga :')

Hari kedua , ade buat persembahan atas pentas. Waktu tu pelajar puteri buat kat dewan tapi pelajar putera buat dekat bilik tayang diorang. Dah habis ape semua, ok buat usrah....

Usrah ni, waktu tu tengah hari. Panas ! Cadangan nak buat kat balai ilmu pelajar putera tapi tu kawasan larangan . Nak pergi balai ilmu puteri pula jauhhhhh nun di sana . K fine. Buat je lah bawah khemah . Kehkeh...

Balai ilmu putera :

Sebenarnye aku taknak cerita panjang-panjang sangat sebab nanti korang tak larat nak baca pulak kan. Sekian je lah ye.

p/s : Jiilul Maahadi, Jiilul 'Arobi - Generasi Maahad,Generasi Bahasa Arab. Bersyukur dapat menimba ilmu di bumi Maahad. Bumi penuh berkat. Alhamdulillah :')

13 comments:

  1. Alhamdulillah =) bgusnya aktiviti mcm ni..suka tgok gmbar yg ats 2..semuanya bertudung labuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertudung labuh tu uniform sekolah. Tapi tak pakai lagi bila keluar :)

      #Alhamdulillah sebab ade aktiviti macamni :D

      Delete
    2. xpe =) yg pntg menutup aurat..Alhamdulillah..

      Delete
  2. wah seronoknya! dapat banyak ilmu kem mcm ni kan?

    p/s: buat la pelajaran bahasa arab dalam blog dina... hehehe... sikit je tahu sis tahu.. betul tak ni : *ha zha irdina*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Deno. Tapi rugi jugak kalau tak catit ape-ape kalau pergi kem tu..

      p/s: dina boleh je nak buat tapi belum pandai lagi kak. Heheh. Yang tu, sebetulnye "Ha zhi hi Irdina" . Sebab dina perempuan :D :D

      Delete
  3. alhamdulilah beruntung dapat pergi kem seperti ini ..seronok

    ReplyDelete
  4. oh rindu zaman sekolah..semoga berjaya adik manis.:)

    ReplyDelete
  5. Hi Assalamualaikum, kak :) Next year akak form two still dekat mmas kan? Saya bakal pelajar form one dekat sana, naktanya serba sedikit tentang sekolah ni boleh? :D

    ReplyDelete

Komen busuk daripada ANONYMOUS tidak akan di-publish :)